Thursday, 4 April 2013

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA JARING
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Jaring Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Gabungan Bola Jaring Wanita Antarabangsa IFNA dan Persatuan Bola Jaring Malaysia serta Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN

4.1          Setiap pasukan hanya boleh mendaftar seramai 09 orang pemain sahaja. (7 pemain utama  dan 2 orang pemain simpanan).
4.2          Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.

5.            SISTEM PERTANDINGAN

5.1               Jumlah pasukan bertanding adalah sebanyak 8 pasukan.
5.2               Pertandingan akan dijalankan menggunakan SISTEM LIGA 2 KUMPULAN (1 kumpulan 4 pasukan) untuk pusingan awal secara ’round robin’. Johan dan Naib Johan Setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya iaitu peringkat separuh akhir secara silang menggunakan SISTEM KALAH MATI. Pemenang separuh akhir akan bertemu di pusingan akhir dan adanya penentuan tempat ketiga dan keempat untuk pasukan yang kalah juga menggunakan SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Sistem mata bagi pusingan awal adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            seri                        =             1 mata
iii.           kalah                     =             0 mata
5.4          Sekiranya kedudukan di akhir pusingan pertama berkesudahan seri, maka ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza gol (gol dapat – gol bolos). Sekiranya masih sama, maka
                                                II.            Jumlah gol dapat yang terbanyak. Sekiranya masih sama, maka
                                                iii.           Jumlah gol bolos paling sedikit. Sekiranya masih sama, maka
                                                iv.           Pasukan yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.5          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pusingan seterusnya.
5.6          Di peringkat separuh akhir dan akhir pula, sekiranya perlawanan berkesudahan seri, masa perlawanan akan ditambah sebanyak 2 minit dan pemenang ditentukan melalui pasukan mana yang terlebih dahulu menjaringkan gol (golden goal).
5.7          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan pasukan mana yang layak diangkat sebagai pemenang.
6.            TEMPOH PERMAINAN
Tempoh permainan adalah 10-2-10 minit.

7.            PERALATAN
                7.1          Semua pasukan dikehendaki menyediakan sendiri barang seperti berikut:
                                a)            2 set bibs berlainan warna
                                c)            Jersi pasukan ( sopan )
                7.2          Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (MOLTEN)

8.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.            KELEWATAN

9.1          Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
9.2               Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.

10.         BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.




PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PING PONG
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Ping Pong Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) dan Kesatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) serta Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN
4.1               Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1      Perseorangan lelaki, dan
4.1.2       Perseorangan perempuan,

5.            SISTEM PERTANDINGAN
5.1               Jumlah peserta bertanding adalah seramai 6 orang megikut kategori.
5.2               Pertandingan akan dijalankan secara SISTEM LIGA SEPUSINGAN secara ’round robin’. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Kiraan mata permainan adalah secara ‘rally points’. Sistem mata mengikut kiraan mata 11 dan perlawanan dijalankan sebanyak 3 set.(Kena habiskan kesemua set sama ada 2-1 atau 3-0)
5.4               Sistem mata adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            kalah                     =             0 mata
5.5          Sekiranya kedudukan di akhir liga berkesudahan seri, maka kedudukan pemenang berdasarkan ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza set (set dapat – set kena). Sekiranya masih sama,
                                                II.            Jumlah beza mata (mata dapat – mata kena). Sekiranya masih sama,
                                                iii.           Peserta yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.6          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan kedudukan pemenang untuk kesemua peserta.

6.                  PERALATAN
6.1               Bat yang diluluskan oleh ITTF sahaja dibenarkan.
6.2               Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (NITTAKU 3 STAR 40mm)

7.                  JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.





8.            KELEWATAN
8.1          Semua peserta dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
8.2          Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, seseorang peserta tidak hadir, peserta itu dikira kalah.

9.            BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
SEPAK TAKRAW
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Sepak Takraw Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan yang diiktiraf oleh Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) serta Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN
4.1          Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu regu yang terdiri daripada 4 orang pemain (3 pemain utama dan 1 pemain simpanan).
4.2          Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.

5.            SISTEM PERTANDINGAN
5.1               Jumlah regu bertanding adalah sebanyak 8 kesemuanya.
5.2               Pertandingan akan dijalankan menggunakan SISTEM LIGA 2 KUMPULAN (1 kumpulan 4 regu) untuk pusingan awal secara ’round robin’. Johan dan Naib Johan Setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya iaitu peringkat separuh akhir secara silang menggunakan SISTEM KALAH MATI. Pemenang separuh akhir akan bertemu di pusingan akhir dan adanya penentuan tempat ketiga dan keempat untuk pasukan yang kalah juga menggunakan SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Sistem kiraan mata untuk semua perlawanan adalah dengan menggunakan kiraan mata 15 dengan 3 kali servis. Pada mata ‘deuce’ (14-14), servis akan bertukar pada setiap  mata. Set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua mata atau mencapai mata 17. Perlawanan dijalankan sebanyak 3 set. (Kena habiskan kesemua set sama ada 2-1 atau 3-0).
5.4               Sistem mata bagi pusingan awal adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            kalah                     =             0 mata
5.5          Sekiranya kedudukan di akhir liga berkesudahan seri, maka kedudukan pusingan awal berdasarkan ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza set (set dapat – set kena). Sekiranya masih sama,
                                                II.            Jumlah beza mata (mata dapat – mata kena). Sekiranya masih sama,
                                                iii.           Peserta yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.6          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan kedudukan kesemua regu.

6.            PERALATAN
6.1          Ketua regu dikehendaki  memakai ‘arm band’ di lengan.
6.2          Setiap regu hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (depan & belakang jersi).
6.3          Bola pertandingan disediakan oleh pengelola. (GAJAH EMAS 511)

7.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.            KELEWATAN
8.1          Semua regu dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
8.2          Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah regu yang tidak hadir, regu itu dikira kalah.

9.            BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA TAMPAR
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Tampar Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
Kejohanan dijalankan mengikut Undang-Undang Persatuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) yang berkuatkuasa sekarang serta Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN
4.1          Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 8 orang pemain (6 pemain utama dan 2 pemain simpanan)
4.2          Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.

5.            SISTEM PERTANDINGAN
5.1               Jumlah pasukan bertanding adalah sebanyak 8 kesemuanya.
5.2               Pertandingan akan dijalankan menggunakan SISTEM LIGA 2 KUMPULAN (1 kumpulan 4 pasukan) untuk pusingan awal secara ’round robin’. Johan dan Naib Johan Setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya iaitu peringkat separuh akhir secara silang menggunakan SISTEM KALAH MATI. Pemenang separuh akhir akan bertemu di pusingan akhir dan adanya penentuan tempat ketiga dan keempat untuk pasukan yang kalah juga menggunakan SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Kiraan mata adalah secara ‘rally points’. Mata maksimum bagi set pertama dan kedua ialah 25, manakala set ketiga ialah 15. Sekiranya berlaku ‘deuce’ (24-24) set pertama dan kedua serta (14-14) set ketiga, set tersebut dimenangi apabila mana-mana regu mendapat kelebihan dua mata atau mencapai mata 30 bagi set pertama dan kedua manakala  mata 20 bagi set ketiga dan perlawanan dijalankan sebanyak 3 set. (Kena habiskan kesemua set sama ada 2-1 atau 3-0).
5.4               Sistem mata bagi pusingan awal adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            kalah                     =             0 mata
5.5          Sekiranya kedudukan di akhir liga berkesudahan seri, maka kedudukan pusingan awal berdasarkan ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza set (set dapat – set kena). Sekiranya masih sama,
                                                II.            Jumlah beza mata (mata dapat – mata kena). Sekiranya masih sama,
                                                iii.           Peserta yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.6          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan kedudukan kesemua regu.





6.            PERALATAN
6.1          Setiap pasukan hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (depan & belakang jersi).
6.2              Libero mestilah memakai jersi yang berlainan warna.
6.3          Bola pertandingan disediakan oleh pengelola. (MIKASA)

7.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.            KELEWATAN
8.1          Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
8.2          Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.

9.            BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BADMINTON
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Badminton Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan Persekutuan Badminton  Antarabangsa  (IBF) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) serta Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN           
4.1               Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1         Perseorangan Lelaki,
4.1.2         Perseorangan Perempuan,
4.1.3         Beregu Lelaki,
4.1.4         Beregu Perempuan
4.2               Seseorang pemain TIDAK BOLEH bermain dalam dua kategori.

5.            SISTEM PERTANDINGAN
5.1               Jumlah peserta/beregu bertanding adalah seramai 6 orang/beregu mengikut kategori.
5.2               Pertandingan akan dijalankan secara SISTEM LIGA SEPUSINGAN secara ’round robin’. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Kiraan mata adalah secara ‘rally points’. Mata maksimum bagi set ialah 21. Sekiranya berlaku ‘deuce’ (20-20), set tersebut dimenangi apabila mana-mana pemain/beregu mendapat kelebihan dua mata atau mencapai mata 30 (Kena habiskan kesemua set sama ada 2-1 atau 3-0)
5.4               Sistem mata adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            kalah                     =             0 mata
5.5          Sekiranya kedudukan di akhir liga berkesudahan seri, maka kedudukan pemenang berdasarkan ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza set (set dapat – set kena). Sekiranya masih sama,
                                                II.            Jumlah beza mata (mata dapat – mata kena). Sekiranya masih sama,
                                                iii.           Peserta yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.6          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan kedudukan pemenang untuk kesemua peserta.

6.            PERALATAN
Bulu tangkis akan disediakan oleh pihak pengelola. (RCL speed 77)

7.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.            KELEWATAN
8.1          Semua peserta/beregu dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
8.2          Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, seseorang peserta/beregu yang tidak hadir, peserta/beregu itu dikira kalah.

9.            BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
BOLA SEPAK 7 SEBELAH
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Persekutuan Antarabangsa Persatuan Bola Sepak (FIFA), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN           

4.1          Setiap pasukan dikehendaki menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 9 orang pemain (7 pemain utama dan 2 pemain simpanan)
4.2          Penggantian pemain dalam pertandingan adalah secara ”Rolling Substitute”.

5.            SISTEM PERTANDINGAN

5.1               Jumlah pasukan bertanding adalah sebanyak 8 pasukan.
5.2               Pertandingan akan dijalankan menggunakan SISTEM LIGA 2 KUMPULAN (1 kumpulan 4 pasukan) untuk pusingan awal secara ’round robin’. Johan dan Naib Johan Setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya iaitu peringkat separuh akhir secara silang menggunakan SISTEM KALAH MATI. Pemenang separuh akhir akan bertemu di pusingan akhir dan adanya penentuan tempat ketiga dan keempat untuk pasukan yang kalah juga menggunakan SISTEM KALAH MATI. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Sistem mata bagi pusingan awal adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            seri                        =             1 mata
iii.           kalah                     =             0 mata
5.4          Sekiranya kedudukan di akhir pusingan pertama berkesudahan seri, maka ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza gol (gol dapat – gol bolos). Sekiranya masih sama, maka
                                                II.            Jumlah gol dapat yang terbanyak. Sekiranya masih sama, maka
                                                iii.           Jumlah gol bolos paling sedikit. Sekiranya masih sama, maka
                                                iv.           Pasukan yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.5          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan pasukan mana yang layak ke pusingan seterusnya.
5.6         Di peringkat separuh akhir dan akhir pula, sekiranya perlawanan berkesudahan seri, maka penentuan kemenangan adalah berdasarkan :
i.              Setiap pasukan akan diberi 3 sepakan penalti dan jaringan gol terbanyak dikira pemenang.
ii.            Jika masih seri, 1 sepakan penalti secara ’suddent death’ akan dijalankan sehingga ada pemenang.

6.            TEMPOH PERMAINAN

Tempoh permainan adalah 10-2-10 minit.

7.            PERALATAN
7.1          Semua pasukan dikehendaki menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan hendaklah memakai jersi bernombor yang seragam (depan & belakang jersi).
                7.2          Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (ADIDAS TANGO)

8.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

9.            KELEWATAN

9.1          Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
9.2          Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.

10.         BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.



PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
TENIS
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Tenis Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

3.            UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang Peraturan Tenis Antarabangsa (ITF) dan Persatuan Tenis Malaysia serta Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN
4.1               Kategori pertandingan adalah seperti berikut :
4.1.1      Perseorangan lelaki
4.1.2      Perseorangan Perempuan

5.            SISTEM PERTANDINGAN
5.1               Jumlah peserta bertanding adalah seramai 6 orang mengikut kategori.
5.2               Pertandingan akan dijalankan secara SISTEM LIGA SEPUSINGAN secara ’round robin’. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Kiraan mata permainan mengikut kiraan Pro Set mata 6. Pemenang ditentukan berdasarkan kepada siapa dahulu mencapai mata 6. Perlawanan dijalankan sebanyak 3 set.(Kena habiskan kesemua set sama ada 2-1 atau 3-0)
5.4          Sistem mata adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            kalah                     =             0 mata
5.5          Sekiranya kedudukan di akhir liga berkesudahan seri, maka kedudukan pemenang berdasarkan ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza set (set dapat – set kena). Sekiranya masih sama,
                                                II.            Jumlah beza mata (mata dapat – mata kena). Sekiranya masih sama,
                                                iii.           Peserta yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.6          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan kedudukan pemenang untuk kesemua peserta.

6.            PERALATAN
6.1               Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan berkaitan untuk kelancaran pertandingan.
6.2               Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola. (DUNLOP FORT)

7.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.



8.            KELEWATAN
8.1          Semua peserta dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
8.2          Jika selepas daripada tempoh masa ini, seseorang peserta yang tidak hadir, peserta itu dikira kalah.

9.            BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.




PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
PETANQUE
PESTA SUKAN & PERMAINAN (SUPER)
KEBANGSAAN [ZON 2], 2013

1             NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Petanque Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

2.            ANJURAN & KELOLAAN

                Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA & MRSM Gemencheh (Program Ulul Albab).

2.                  UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan peraturan permainan yang digunapakai dalam kejohanan ini adalah mengikut Peraturan Pesta Sukan & Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

4.            PENDAFTARAN           

Kategori pertandingan adalah beregu Perempuan TERBUKA.

5.            SISTEM PERTANDINGAN
5.1               Jumlah beregu bertanding adalah sebanyak 24 kesemuanya.
5.2               Pertandingan akan dijalankan menggunakan SISTEM LIGA 4 KUMPULAN (1 kumpulan 6 pasukan) untuk pusingan awal secara ’round robin’. Johan dan Naib Johan Setiap kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya iaitu peringkat suku akhir secara silang menggunakan SISTEM KALAH MATI. Pemenang suku akhir akan bertemu di pusingan separuh akhir juga menggunakan SISTEM KALAH MATI. Pusingan akhir pula menemukan pemenang pusingan separuh akhir dan adanya penentuan tempat ketiga dan keempat untuk beregu yang kalah. Undian akan dilakukan dalam mesyuarat pengurus pasukan kali kedua.
5.3               Sistem kiraan mata 11 akan digunakan pada semua peringkat. Pemenang dikira berdasarkan kepada pasukan yang terlebih dahulu mencapai mata 11.
5.4          Sebelum pertandingan dimulakan, undian membaling “checker” dijalankan untuk menentukan pasukan yang memulakan permainan. Pasukan yang memulakan permainan dikehendaki berada di dalam gelanggang.
5.5          Selepas “checker” dibaling,  pemain pasukan berkenaan dikehendaki membaling bola. Selepas itu, pasukan lawan akan membaling bola.  Bola yang jauh daripada ‘checker’ dikehendaki meneruskan balingan. Permainan berjalan seterusnya sehingga bola habis. Pihak lawan boleh memukul/menolak bola dan sebaliknya. Sekiranya “checker” ditolak keluar dan pasukan yang masih mempunyai bola dikira pemenang “game’ berkenaan berdasarkan jumlah bola.
5.6          Bola yang terkena dinding atau terkeluar dari pertandingan akan di kira batal.
5.7          Sistem mata bagi pusingan awal adalah seperti berikut :-
i.              menang               =             3 mata
ii.            kalah                     =             0 mata
5.8          Sekiranya kedudukan di akhir liga berkesudahan seri, maka kedudukan pusingan awal berdasarkan ketentuan berikut akan di ambil kira iaitu :-
                                                i.              Jumlah beza mata (mata dapat – mata kena). Sekiranya masih sama,
                                                iii.           Peserta yang pernah mengalahkan pasukan yang berkongsi sama mata.
5.9          Sekiranya masih sama lagi, adalah menjadi hak dan tanggungjawab JK pengelola untuk menentukan kedudukan kesemua regu.


6.            PERALATAN
Peserta dikehendaki membawa sendiri peralatan bola dan ’checker’ untuk kelancaran pertandingan.

7.            JADUAL PERTANDINGAN

Semua jadual pertandingan termasuk tarikh, masa dan tempat akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.            KELEWATAN
8.1          Semua pasukan dikehendaki bersedia 10 minit lebih awal sebelum pertandingan bermula. 
8.2          Jika selepas 10 minit masa permainan bermula, sesebuah pasukan yang tidak hadir, pasukan itu dikira kalah.

9.            BANTAHAN
Bantahan boleh dilakukan mengikut perkara 15 dalam kertas kerja Pesta Sukan dan Permainan (SUPER) Kebangsaan [Zon 2], 2013.

0 comments:

Post a Comment